Bertarikh: 19 Februari 2020 Versi 1.0

Terma Penggunaan

  1. Penerimaan Terma. Laman sesawang ini dimiliki dan dikendalikan oleh Zuellig Pharma Sdn. Bhd. (“Zuellig Pharma”, “kami” atau “kita”). Layaran dan penggunaan laman sesawang ini adalah tertakluk kepada Terma Penggunaan ("TP") yang berikut. Dengan melayari dan menggunakan laman sesawang ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dalam TP ini. Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang terma TP ini, sila hentikan layaran anda dengan segera. Anda menerima dan bersetuju bahawa Zuellig Pharma mungkin mengenakan terma dan syarat lanjutan dan membuat perubahan dalam TP ini sebagai mana yang dirasakan bersesuaian oleh Zuellig Pharma dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta anda menanda dan menyemak laman ini secara berkala untuk memastikan anda jelas dengan versi TP kami yang terkini. Jika terdapat sebarang perubahan dalam terma TP ini, Zuellig Pharma akan memaklumkan kepada anda melalui penyiaran perubahan tersebut dalam talian di laman sesawang ini. Anda bersetuju bahawa sebarang makluman tentang perubahan TP ini sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini adalah satu tempoh notis yang mencukupi untuk memenuhi syarat klausa tersebut.  Jika anda tidak bersetuju untuk terikat dengan perubahan yang dibuat, anda mestilah menghentikan semua layaran dan/atau penggunaan laman sesawang ini. Anda juga bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan dan/atau menglayaran laman sesawang ini selepas dimaklumkan tentang sebarang perubahan terhadap TP ini, sebarang penggunaan dan/atau layaran akan membuktikan pengesahan tentang:- (1) pengakuan anda terhadap TP ini dan perubahannya; dan (2) persetujuan anda untuk mematuhi dan terikat dengan TP ini dan perubahannya.

  2. Dasar Privasi. Dengan melayari laman sesawang ini, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpulkan dan menggunakan maklumat tentang anda dan penggunaan laman sesawang ini sebagai mana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi.

  3. Penggunaan Laman Sesawang ini. Anda bersetuju untuk mematuhi semua notis, garis panduan, peraturan dan arahan berkenaan penggunaan laman sesawang ini sebagai mana yang diterbitkan oleh Zuellig Pharma dari semasa ke semasa.

SEBARANG NASIHAT, PENGESYORAN DAN CADANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA MELALUI LAMAN SESAWANG INI ADALAH TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENYEMBUHKAN SEBARANG PENYAKIT ATAU KEADAAN. IA JUGA TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENGGANTIKAN NASIHAT, RAWATAN DAN/ATAU DIAGNOSIS DARIPADA PAKAR KESIHATAN BERLESEN BERKELAYAKAN ATAU MENGUBAH PELAN RAWATAN ATAU MATLAMAT/PENGESYORAN TERAPI DOKTOR PERIBADI ANDA`DALAM APA-APA CARA SEKALIPUN. 

  1. Pautan. Laman sesawang ini mungkin juga mengandungi pautan ke laman-laman sesawang lain, termasuk laman sesawang yang dimiliki oleh rakan niaga kami atau pihak ketiga. Laman sesawang tersebut mungkin atau tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Zuellig Pharma dan sebarang pautan ke laman sesawang tersebut adalah diberikan untuk tujuan maklumat dan kemudahan sahaja. Penggunaan laman sesawang lain oleh anda adalah atas risiko anda sendiri. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Zuellig Pharma tidak menyemak sebarang atau semua laman sesawang lain dan tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun ke atas kandungan, perkhidmatan, amalan privasi dan/atau sebarang aspek laman sesawang berkenaan mahupun ke atas ketepatan maklumat, masa atau kesediaan atau kewujudan berterusan bagi kandungan, pautan atau laman sesawang atau halaman pihak ketiga yang dipautkan kepada atau daripada laman sesawang kami.  Zuellig Pharma tidak mengesahkan dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau pada bahan atau yang didapati melalui laman sesawang lain dan laman sesawang tersebut hanya patut dilayari atas risiko anda sendiri.

  1. Kandungan Pihak Ketiga. Maklumat dan/atau kandungan daripada pelbagai sumber, termasuk penyedia kandungan pihak ketiga mungkin termasuk dalam laman sesawang ini. Zuellig Pharma dan penyedia kandungannya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat atau penundaan kandungan yang dibekalkan dalam laman sesawang ini, atau untuk tindakan yang diambil berdasarkannya.

  2. Hak Harta Intelek. Anda mengakui dan bersetuju bahawa semua hak, hak milik dan kepentingan (termasuk hak harta intelek) dalam dan kepada kandungan laman sesawang ini dimiliki oleh dan akan kekal dimiliki oleh Zuellig Pharma dan anda tidak mempunyai hak melainkan hak untuk melayari dan menggunakan laman sesawang ini selaras dengan terma-terma TP ini. Melainkan jika diberi kebenaran dengan jelas oleh Zuellig Pharma secara bertulis, anda bersetuju untuk tidak membuat salinan atau mencipta karya terbitan berdasarkan kandungan laman sesawang ini atau sebarang bahagiannya, atau mengedarkan, menerbitkan semula, memaparkan, menyiarkan atau menghantar sebarang keseluruhan atau sebahagian laman sesawang dan maklumat serta bahan yang terdapat di dalamnya dalam apa jua bentuk atau apa jua cara atau menyimpannya dalam sebuah sistem dapatan kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis daripada Zuellig Pharma terlebih dahulu. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan sebarang robot, lelabah, pengikis atau lain-lain cara automatik untuk melayari laman sesawang ini bagi sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada kami. Di samping itu, tanpa kebenaran bertulis daripada Zuellig Pharma terlebih dahulu, anda tidak boleh memasukkan pautan hiper ke laman sesawang ini (atau sebahagian daripadanya) ke laman sesawang lain atau menggunakan “cermin” bagi sebarang bahan yang terdapat pada laman sesawang ini di pelayaran lain dan anda tidak boleh mewujudkan dan/atau menyenggara, sebarang pautan dalam, pautan bingkai dan/atau sebarang jenis pautan hiper lain pada sebarang laman sesawang ke laman sesawang ini atau sebahagian daripadanya (termasuk tanpa had bagi laman sesawang, gambar, video, audio, grafik, teks, kod, program dan/atau bahan-bahan lain pada laman sesawang ini). Tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan logo yang digunakan dan dipaparkan pada laman sesawang ini (termasuk tanpa had bagi "Zuellig Pharma", "zip-online" dan "AsiaRx") (secara kolektif disebut "Tanda Dagangan") adalah Tanda Dagangan Zuellig Pharma yang berdaftar dan tidak berdaftar atau rakan niaganya. Tidak ada sebarang bahagian pada laman sesawang ini yang boleh dianggap sebagai pemberian apa-apa lesen atau hak, secara tersirat, estopel atau sebaliknya, untuk menggunakan Tanda Dagangan yang dipaparkan pada laman sesawang ini, tanpa kebenaran bertulis daripada Zuellig Pharma. Zuellig Pharma tidak membenarkan penggunaan sebarang Tanda Dagangan sebagai pautan “hot” kepada laman Zuellig Pharma atau laman-laman lain melainkan kewujudan pautan dan penggunaan Tanda Dagangan tersebut diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Zuellig Pharma. Imej individu atau tempat yang dipaparkan pada laman sesawang ini adalah hak milik atau digunakan dengan kebenaran oleh Zuellig Pharma. Penggunaan imej-imej ini daripada anda atau orang lain yang diberikan kebenaran oleh anda, adalah dilarang melainkan mendapat kebenaran khusus oleh TP ini atau kebenaran khusus yang diberikan secara bertulis oleh Zuellig Pharma. Sebarang penggunaan imej yang tidak sah boleh melanggar undang-undang hak cipta, undang-undang tanda dagangan, undang-undang privasi dan publisiti dan peraturan serta status komunikasi. Semua maklumat, kaedah, proses, kemahiran dan teknologi lain yang didedahkan dalam laman sesawang ini adalah dimiliki oleh Zuellig Pharma dan tidak ada sebarang bahagian pada laman sesawang ini yang boleh dianggap sebagai pemberian apa-apa lesen atau hak, secara tersirat, estopel atau sebaliknya, untuk menggunakannya tanpa kebenaran bertulis daripada Zuellig Pharma.

  3. Penggantungan Laman Sesawang. Zuellig Pharma boleh menaik taraf, mengubah suai, membaiki, menggantung, menghentikan peruntukan atau mengeluarkan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada laman sesawang ini dan sebarang perkhidmatan atau maklumat di dalamnya dari semasa ke semasa, tanpa memberikan alasan atau pemberitahuan sebelumnya, dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya penaiktarafan, pengubahsuaian, penggantungan atau pembaikian laman sesawang ini menghalang anda daripada menglayaran laman sesawang ini atau sebarang bahagian atau ciri-cirinya. Maklumat dan/atau bahan-bahan lain yang terkandung dalam laman sesawang ini boleh diubah suai, dipadamkan atau digantikan dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Zuellig Pharma.

  4. Pematuhan terhadap undang-undang. Anda bersetuju bahawa anda akan melayari dan menggunakan laman sesawang ini selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang tertakluk di Malaysia.

  5. PENAFIAN WARANTI. Semua maklumat yang diberikan adalah secara umum dan tidak boleh dijadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan. Walaupun Zuellig Pharma berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ini adalah tepat ketika dimasukkan, ia tidak dapat menjamin hal yang sama. Zuellig Pharma tidak mempunyai apa jua obligasi untuk mengemas kini maklumat yang terdapat dalam laman sesawang ini. ANDA BERSETUJU BAHAWA LAMAN SESAWANG INI DAN SEMUA MAKLUMAT, BAHAN, PERKHIDMATAN DAN FUNGSI YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA (TERMASUK PERISIAN, PROGRAM, DATA, PANGKALAN DATA, TEKS, GRAFIK, GAMBAR, ANIMASI, AUDIO, MUZIK, VIDEO, PAUTAN ATAU BAHAN-BAHAN LAIN) ADALAH DISEDIAKAN KEPADA ANDA “SEADANYA, SEPERTI YANG TERSEDIA” DAN ANDA MELAYARI DAN MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA TIDAK MEWAKILI ATAU MEMBERI JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK BERKENAAN LAMAN SESAWANG INI, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, MENGIKUT UNDANG-UNDANG ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA ATAU KEADAAN YANG SESUAI BAGI SEBARANG TUJUAN TERTENTU, BEBAS DARIPADA VIRUS KOMPUTER ATAU LAIN-LAIN KOD, AGEN, PROGRAM ATAU MAKRO HASAD YANG MEMUSNAHKAN ATAU MEROSAKKAN, KUALITI YANG MEMUASKAN, KEBOLEHDAGANGAN, TIDAK MELANGGAR HAK PIHAK KETIGA, KEBOLEHGUNAAN ATAU KETEPATAN MASA, SEMUANYA DINYATAKAN DENGAN JELAS DI SINI SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. TANPA MENGHADKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS, ANDA BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA TIDAK MEMBERI JAMINAN BAHAWA (I) LAMAN SESAWANG INI ATAU BAHAN ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DI SINI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA; (II) LAYARAN KE LAMAN SESAWANG INI TIDAK AKAN TERGANGGU, MENEPATI MASA, SELAMAT ATAU BEBAS DARIPADA RALAT ATAU SEBARANG KESILAPAN YANG DIKENAL PASTI AKAN DIBETULKAN; DAN (III) KANDUNGAN LAMAN SESAWANG INI ADALAH TEPAT, TERKINI, LENGKAP ATAU BOLEH DIPERCAYAI DAN (IV) PENGGUNAAN MAKLUMAT DAN BAHAN YANG DIPAPARKAN PADA LAMAN SESAWANG TIDAK AKAN MELANGGAR HAK-HAK PIHAK KETIGA.

  6. HAD LIABILITI ANDA BERSETUJU BAHAWA ZUELLIG PHARMA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KERUGIAN SECARA LANGSUNG, SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, EKONOMI ATAU KHUSUS, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KERUGIAN BERBENTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEPERCAYAAN, PENGGUNAAN, DATA ATAU KERUGIAN TIDAK NYATA YANG LAIN, BAGAIMANAPUN, TIMBULNYA KEROSAKAN, KERUGIAN DAN PERBELANJAAN YANG MUNCUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN (I) SEBARANG LAYARAN, PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MELAYARI ATAU MENGGUNAKAN LAMAN SESAWANG INI; (ii) SEBARANG KEGAGALAN, RALAT, PENINGGALAN, GANGGUAN, KELEWATAN SISTEM, PELAYARAN ATAU SAMBUNGAN DALAM PENGHANTARAN, VIRUS KOMPUTER ATAU LAIN-LAIN KOD, AGEN, PROGRAM ATAU MAKRO YANG MEMUSNAHKAN ATAU MEROSAKKAN,; (iii) SEBARANG PENGGUNAAN ATAU LAYARAN KEPADA SEBARANG LAMAN SESAWANG LAIN YANG DIPAUTKAN KE LAMAN SESAWANG INI; ATAU (iv) SEBARANG PERKHIDMATAN, PRODUK, MAKLUMAT, DATA, PERISIAN ATAU LAIN-LAIN BAHAN YANG DIDAPATI ATAU DIMUAT TURUN DARIPADA LAMAN SESAWANG INI ATAU DARIPADA LAMAN-LAMAN SESAWANG LAIN YANG DIPAUTKAN KE LAMAN SESAWANG INI ATAU SEBARANG PIHAK LAIN YANG DIRUJUK OLEH LAMAN SESAWANG INI, JIKA WALAUPUN ZUELLIG PHARMA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KERUGIAN TERSEBUT.

  1. INDEMNITI. Anda bersetuju untuk tidak membahayakan dan melindungi Zuellig Pharma sepenuhnya daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, tindakan, prosedur, kerosakan, perbelanjaan, kos dan liabiliti yang ditanggung oleh atau berkaitan dengan Zuellig Pharma berhubungan dengan atau yang timbul daripada penggunaan laman sesawang ini, pelanggaran TP ini oleh anda atau pelanggaran anda terhadap hak sebarang pihak ketiga.

  2. Notis. Anda bersetuju bahawa sebarang notis boleh dihantar kepada anda melalui e-mel atau siaran pada laman sesawang ini dan notis tersebut akan dianggap diterima oleh anda, jika dihantar melalui e-mel, 24 jam selepas e-mel tersebut dihantar oleh pelayaran e-mel Zuellig Pharma atau jika melalui siaran pada laman sesawang ini, 48 jam selepas siaran tersebut.

  3. Kebolehasingan. Jika sebarang peruntukan TP ini atau sebahagian daripadanya dibatalkan, tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan oleh undang-undang yang tertakluk, maka ia akan dibatalkan, tidak sah atau tidak dapat dilaksanakan setakat yang tersebut dan sama sekali tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan pelaksanaan baki peruntukan tersebut atau peruntukan-peruntukan lain bagi TP ini. Ketidaksahan, penyalahgunaan undang-undang atau kegagalan melaksanakan sebarang peruntukan TP di bawah undang-undang  sesuatu bidang kuasa tidak akan menjejaskan hak dan kebolehan melaksanakan peruntukan tersebut di bawah undang-undang bidang kuasa yang lain.

  4. Pengabaian. Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh Zuellig Pharma untuk melaksanakan sebarang hak atau peruntukan TP ini tidak dianggap sebagai pengabaian hak atau peruntukan tersebut.

  5. Tiada hak pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa, sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam TP ini, tidak ada sebarang pihak ketiga yang mempunyai hak untuk melaksanakan sebarang terma TP di bawah sebarang undang-undang yang bermaksud untuk memberikan hak tersebut, atau perundangan yang setara dalam bidang kuasa yang berkenaan.

  6. Undang-undang dan bidang kuasa yang mentadbir. Anda bersetuju bahawa TP ini dan layaran anda kepada dan penggunaan laman sesawang ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan anda bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif bagi mahkamah Malaysia.

  7. Rekod. Anda mengakui dan bersetuju bahawa rekod Zuellig Pharma dan sebarang rekod layaran anda kepada, dan komunikasi, transaksi, arahan atau pengendalian yang dilakukan atau dilaksanakan, diproses atau dijalankan melalui laman sesawang ini oleh anda atau sesiapa yang mengaku diri anda, bertindak bagi pihak anda atau mengaku bertindak bagi pihak anda, dengan atau tanpa kebenaran anda, atau sebarang rekod komunikasi, transaksi, arahan atau pengendalian berkaitan dengan operasi laman sesawang dan sebarang rekod komunikasi, transaksi, arahan atau pengendalian yang diselenggara oleh Zuellig Pharma atau sebarang pihak relevan yang dibenarkan oleh Zuellig Pharma berkaitan dengan atau berhubung dengan laman sesawang ini adalah terikat kepada anda atas apa jua tujuan dan akan menjadi bukti konklusif bagi komunikasi, transaksi, arahan atau pengendalian tersebut.  Anda bersetuju bahawa rekod tersebut boleh diterima sebagai bukti dan anda tidak akan menentang atau mempertikaikan penerimaannya, kebolehpercayaan, ketepatan atau pengesahan kandungan rekod tersebut hanya berdasarkan rekod tersebut adalah dalam bentuk elektronik dan dikeluarkan oleh atau merupakan hasil pengeluaran daripada sistem komputer dan dengan ini menepikan sebarang hak anda (jika ada) untuk membangkang.

  8. Force Majeure. Zuellig Pharma tidak akan bertanggungjawab atas ketidakpatuhan, ralat, gangguan atau kelewatan dalam operasi laman sesawang (atau sebahagian daripadanya) atau bagi sebarang ketidaktepatan, ketakboleharapan atau ketidaksesuaian kandungan laman sesawang jika ini disebabkan, secara keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh suatu peristiwa atau kegagalan yang berada di luar kawalan yang merangkumi tanpa had: - (i) banjir, kilat, bencana alam, kebakaran, gempa bumi dan lain-lain bencana alam (ii) penghakiman, perundangan, akta, perintah, arahan, dasar, sekatan, peraturan, undang-undang kecil, larangan atau sebarang tindakan oleh sebarang mahkamah, kerajaan, parlimen dan/atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang dikenakan atau akan dikenakan selepas berlaku (iii) terputus bekalan elektrik (iv) tindakan atau kesilapan sebarang pengendalian rangkaian telekomunikasi (v) keadaan di mana talian komunikasi bagi sistem komputer Zuellig Pharma (sama ada di Malaysia atau di tempat lain) tidak boleh digunakan atas sebab berpunca daripada penyediaan telekomunikasi pihak ketiga dan (vi) tindakan atau peninggalan sebarang pihak ketiga.