Pusat Pengetahuan

Singkirkan Kesakitan Di Bahagian Atas Belakang Tubuh Anda

Bahagian atas belakang tubuh atau tulang belakang torasik ialah kawasan di bawah leher dan bahagian bawah tulang rusuk.

Bahagian ini mengekalkan kita untuk berdiri tegak, melindungi saraf tunjang, menetapkan kedudukan rusuk yang melindungi organ penting

dan berfungsi sebagai titik pelekatan otot yang membenarkan kita bergerak. Ia menyokong beban bahagian atas badan dengan bantuan otot

berhampiran seperti trapezius, latisimus dorsi dan romboid.1,2,3

 

Walaupun sakit belakang bahagian atas tubuh adalah kurang lazim berbanding sakit belakang bahagian bawah belakang tubuh, kesakitan ini

tidak boleh diabaikan agar banyak fungsinya dapat terus dipenuhi secara optimum.

Berikut ialah panduan tentang punca, pencegahan dan rawatan lazim agar anda boleh menangani sakit belakang bahagian atas tubuh.

 

 

Apakah Punca Sakit Belakang Bahagian Atas Tubuh?

Apabila anda mengalami rasa sakit, tegang, kaku, nyeri apabila disentuh, mencucuk-cucuk atau rasa panas seolah-olah terbakar, ini biasanya

bermaksud bahawa anda mengalami gejala tegang rangka otot.1 Ini boleh bermaksud bahawa kesakitan ini melibatkan otot, tendon atau tulang

di bahagian atas belakang dan biasanya disebabkan oleh yang berikut:

 

Postur tidak betul atau otot yang semakin lemah
Tabiat membongkok atau duduk dengan postur yang tidak betul untuk suatu tempoh yang lama menyebabkan otot hilang kekuatannya.
Apabila otot tidak berupaya menampung berat badan, ini membebankan tulang belakang, cakera tulang dan ligamen di bahagian atas
belakang tubuh, lantas mengakibatkan kesakitan.1,2
Penggunaan otot yang berlebihan
Tindakan melakukan pergerakan yang sama atau melakukan aktiviti berulang boleh menyebabkan tegang pada otot. Keadaan ini boleh
berlaku ketika bersukan atau mengangkat objek berulang kali.
Apabila penggunaan otot yang berlebihan ini diabaikan, ia boleh mengakibatkan kesakitan yang kronik.1,2
Kecederaan
Kecederaan akibat sukan atau kerja, tergelincir, terjatuh, cara mengangkat barang yang tidak betul atau terlalu memaksa diri boleh
mengakibatkan sakit belakang bahagian atas tubuh. Apabila kecederaan berlaku, sama ada kesannya dalam badan jelas kelihatan atau tidak,
ia hendaklah diperiksa dan ditangani oleh doktor. Sesetengah kecederaan mungkin teruk dan boleh mempunyai komplikasi yang
berkekalan seperti sakit kronik,kerosakan saraf malah lumpuh.1,2
Apabila sakit belakang bahagian atas tubuh dirasai selepas terjatuh, atau pukulan yang kuat pada bahagian belakang yang
menyebabkan masalah inkontinens atau pundi atau diikuti dengan demam, ini boleh bermaksud bahawa ada masalah perubatan yang serius.
Sila dapatkan rawatan pakar atau perubatan dengan segera.4

 

Keadaan lain
Sesiapa yang mengesyaki bahawa mereka mempunyai keadaan perubatan berikut yang menyebabkan sakit belakang bahagian atas tubuh
hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan pelan rawatan:
  • Disk/Cakera melejit - Keadaan ini lebih lazim dalam kes bahagian bawah tubuh, tetapi boleh juga berlaku dalam kes bahagian atas
    tubuh. Cakera merupakan kusyen lembut dan anjal yang bertindak sebagai penyerap hentakan di antara setiap ruas tulang
    belakang (vetebra) atau tulang dalam tulang belakang. Apabila sekeping kusyen ini bocor, tulang akan berlaga antara satu sama lain,
    memberikan tekan memberikan tekan kepada tulang belakang, lantas menyebabkan kesakitan.5
  • Saraf tertekan - Keadaan ini berlaku apabila cakera yang melejit tergelincir dan menekan saraf yang berdekatan lantas menyebabkan
    kebas dan sakit pada lengan atau kaki, masalah mengawal pembuangan air kecil, dan kehilangan kawalan di bahagian kaki.4,5
  • Osteoartritis - Keadaan yang menyakitkan apabila tulang bergesel kerana rawan yang melapik tulang sudah haus.2
  • Sakit Miofasial - Kesakitan dan keradangan tisu lembut boleh juga berlaku pada bahagian atas tubuh.2

 

 

Buang Tabiat Buruk

Memandangkan kebanyakan punca sakit belakang bahagian atas tubuh adalah berkaitan dengan faktor gaya hidup dan tingkah laku yang
berulang, anda boleh mengubah tabiat harian untuk mengelakkan kesakitan.

 

Bersenam dengan kerap abdomen dan belakang cukup kuat untuk menyokong tulang belakang. Selain kekuatan teras, senaman
kelenturan juga boleh mencegah sakit belakang yang lebih teruk. Senaman berimpak rendah seperti pilates, yoga dan berenang adalah
selamat untuk belakang tubuh anda.1,5,6
Amalkan postur yang baik semasa duduk atau berdiri untuk menyelaraskan kedudukan tulang belakang dengan betul. Lakukan senaman menarik dagu ke arah dalam dan ke depan (chin tuck), memampatkan bahu dan meregang bahagian atas belakang tubuh. Berehat dengan
kerap daripada posisi duduk atau berbaring juga boleh membantu kita sentiasa peka tentang postur badan.1,4,6
Patuhi teknik mengangkat barang yang betul dan elakkan daripada menggalas beg yang berat di belakang anda.4
Elakkan risiko
  • Beban berat yang berlebihan pada bahagian tengah atau kawasan perut memberikan tekanan yang tidak perlu pada bahagian atas belakang tubuh.
  • Merokok boleh menyebabkan penyakit cakera degeneratif, menyekat nutrien daripada sampai ke belakang tubuh dan cakera,
    dan melambatkan proses penyembuhan.1,2,4

 

 

Cara anda boleh Menangani Sakit Belakang Bahagian Atas Tubuh

Rawatan yang dicadangkan untuk sakit belakang bahagian atas tubuh adalah bergantung pada keadaan sakit yang anda rasai.

 

Untuk sakit akut

atau sakit yang mencucuk dan tiba-tiba yang disebabkan oleh sesuatu yang khusus, anda boleh mencuba cara yang berikut:

 

  • Berehat atau perlahankan aktiviti

    Dengan membenarkan otot untuk pulih dan mengurangkan intensiti senaman atau mengubah suai aktiviti berulang, dapat membantu
    menangani sakit otot. Terlalu lama berbaring boleh menyebabkan otot menjadi lemah, jadi keseimbangan antara berehat dan beraktiviti
    adalah kunci utamanya.2,6

     

  • Rawatan pemulihan di rumah

    Penggunaan ais untuk kesakitan dan bengkak atau penggunaan haba untuk pergerakan yang terjejas dan kekakuan merupakan teknik
    pertolongan cemas yang telah dicuba dan diuji.1,2,6

    Perskindol Classic merupakan bantuan topikal, yang mempunyai tindakan dwiterma terapi sejuk dan haba untuk kesakitan yang berkaitan dengan rangka otot. Ia menggunakan terapi sejuk untuk mengurangkan bengkak dan terapi haba untuk melegakan sakit.

     

  • Berurut

    Cara ini memberi kelegaan sementara untuk sakit belakang bahagian atas tubuh dengan melonggarkan otot tegang dan membenarkan
    lebih peredaran.2,7

    Mengurut Perskindol Classic di kawasan yang menyakitkan boleh memberi manfaat terutamanya kerana ia mengandungi pati bahan semula jadi dan berfungsi seperti aromaterapi.

     

    Untuk kesakitan yang kronik atau kesakitan yang berpanjangan atau berlarutan walaupun selepas kecederaan atau penyakit telah
    pulih, anda hendaklah:

     

  • Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sewajarnya

    Jika sakit di bahagian atas tubuh berterusan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan, tidak bertambah baik walaupun dengan
    berehat, merebak ke anggota bahagian bawah tubuh, menyebabkan rasa lemah, kebas, atau sesemut pada sebelah atau kedua-dua kaki,
    disertai dengan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, tindakan yang terbaik ialah, anda perlu diuji dan dirawat oleh
    profesional perubatan.2,4,6

     

    Untuk jangka masa panjang, gaya hidup sihat dan aktif masih merupakan cara terbaik untuk mengelakkan sakit belakang bahagian atas
    tubuh.

    Simpanlah Perskindol Classic, untuk kelegaan sakit otot yang cepat setiap kali anda melakukan senaman dan tugasan yang

    menggunakan anggota fizikal anda. Akhir sekali, dengan menyedari faktor risiko yang berbeza dan jenis sakit belakang bahagian atas
    tubuh, dapat membantu menentukan sama ada anda boleh mengatasi kesakitan dan mengetahui masa yang wajar untuk mendapatkan bantuan perubatan.

 

Sila hubungi pakar perubatan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat dalam artikel ini bukanlah khusus untuk negara dan mungkin mengandungi maklumat di luar indikasi yang diluluskan di negara anda.

 

 

References
1.    World Health Organization. Physical activity. Updated Oct 2022.            
        Available at: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/physical-activity accessed on Apr 2023.
2.    Cirino E. Healthline. 8 Calisthenics exercises for beginners. Medical reviewed by Bubnis D. Updated Apr 2017.            
        Available at: https://www.healthline.com/health/fitness-exercise/calisthenics accessed on Apr 2023.
3.    WebMD. Calories Burned by Household Chores. Medical reviewed by Mikstas C. Updated Nov 2021.            
        Available at: https://www.webmd.com/fitness-exercise/ss/slideshow-calories-burned-by-household-chores accessed on Apr 2023.
4.    National Aeronautics and Space Administration. Desk fit: 20 essential desk exercises you can do without leaving your office or home workspace.            
        Available at: https://www.nasa.gov/sites/default/files/atoms/files/hq_deskfit_booklet_6.10.2020.pdf accessed on Apr 2023.
5.    Mayo Clinic. Aerobic exercise: how to warm up and cool down. Updated Oct 2021.            
        Available at: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/exercise/art-20045517#:~:text=A%20warmup%20gradually%20revs%20up,heart%20rate%20and%20blood%20pressure accessed on Apr 2023.